Saturday, 5 November 2022

DASAR-DASAR KERAJAAN KE ARAH PERPADUAN NEGARA

 



PROGRAM : JABATAN PERDAGANGAN 


KOD KURSUS : MPU21032 ETIKA DAN PERADABAN


TAJUK : DASAR-DASAR KERAJAAN KE ARAH 
PERPADUAN NEGARA 


NAMA PENSYARAH : DR. ALIAS BIN MAT SAAD


KELAS : DAT1C SESI I 2022/2023


AHLI KUMPULAN : 
NORMAN EIZZDANISH BIN NORMAN KELANA (06DAT22F1037)
MUHAMMAD NAZRIN BIN ABDUL WAHID (06DAT22F1077)
NATASHA ANN PAPPU (06DAT22F1012)
ELYSIA LIM SHEE LY (06DAT22F1056)
MUHAMMAD DANIEL RIEZZUAN BIN MUSTAFA (06DAT22F1096)








Pengenalan

     Perpaduan ditakrif sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Selain itu, Perpaduan juga ialah satu proses yang menyatukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebngsaan bersama di kalangan mereka. 


     Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. 


     Selepas merdeka, kerajaan telah memulakan perancangan dan melaksanakan pembangunan negara dengan lebih tersusun. Terdapat beberapa dasar-dasar kerajaan ke arah perpaduan negara iaitu:

  1. Dasar Ekonomi Baharu
  2. Dasar Kebudayaan Kebangsaan 
  3. Dasar Pendidikan Negara 
  4. Dasar Sosial Negara 
  5. Dasar Pembangunan Nasional 
  6. Dasar Wawasan Negara       


Dasar Ekonomi Baharu





     Dasar ini digubal selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969 yang mengakibatkan pertumpahan darah dan meragut nyawa ratusan ribu manusia di Malaysia. Faktor utama yang telah mengakibatkan tercetusnya peristiwa 13 Mei adalah kerana faktor kemiskinan di mana wujud satu keadaan kemiskinan relatif antara kaum. Antara strategi dalam dasar ekonomi baharu ialah:

  • Membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan kepada rakyat tanpa mengira kaum. 
  • Menyusun semula mesyarakat untuk mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
          
DEB menggunakan beberapa pendekatan untuk melahirkan masyarakat yang beratu padu melalui ekonomi yang seimbang. Beberapa langkah dilaksanakan berkaitan dengan usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat
  • Rancangan meningkatkan taraf hidup melibatkan penduduk di luar bandar dan di bandar.
  • Luar bandar tertumpu kepada penduduk miskin seperti petani, pekebun getah dan kelapa, nelayan, buruh dan penduduk kampung baharu. 
  • Bandar pula tertumpu kepada penduduk bandar yang menghadapi kemiskinan kerana berpendapatan rendah dan masalah perumahan. 
Rancangan Buku Hijau 
  • Dilancarkan oleh Tun Abdul Razak 20 Disember 1974
  • Matlamat - Menambahkan pendapatan rakyat dan pengeluaran bahan makanan supaya cukup untuk keperluan negara .
  • Ranccangan ini memberi tumpuan kepada penggunaan tanah yang sepenuhnya. 
Peranan Agensi Kerajaan 

Beberapa agensi ditubuhkan untuk mempelbagaikan ekonomi yang boleh menambahkan pendapatan rakyat dan membuka peluang pekerjaan. 
  • Lembaga Kemajuan Ikan Negara (LKIM) - Meningkat taraf hidup nelayan dan memodenkan industri perikanan. 
  • Lembaga Pertumbuhan Peladang (LPP) - Membantu pekebun kecil, petani dan peladang yang terlibat dalam kegiatan koperasi. 
  • Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN) - Mengawal selia sektor padi dan beras / menstabilkan harga padi
  • Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) - Membantu dalam penyelidikan dan penanaman semula. 
  • Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pembangunan Tanah - Pembukaan tanah baharu untuk pertanian di bawah FELDA dan penduduk di luar banar yang miskin dipindahkan ke kawasan FELDA. 

Dasar Kebudayaan Kebangsaan 




     Menurut kamus dewan edisi keempat, kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yg berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan dari segi akal budi. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. 

     Tiga prinsip yang ditetapkan oleh kerajaan telah berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:


1. Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.

  • Melaka merupakan pusat perkembangan, penyebaran dan warisan kebudayaan Melayu.
  • Kebudayaan serantau digambarkan dengan penggunaan Bahasa Melayu.
  • Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian.

2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai.

  • Unsur-unsur budaya asing, Cina, Arab, India dan sebagainya.
  • Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara
  • Kepentingan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat

3. Islam menjadi unsur penting di dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

  • Kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.
  • Peringkat tertinggi- sepatutnya menampakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam 
  • Peringkat kedua- menerapkan budaya-budaya lain yang tidak bertentangan dengan budaya Islam seperti agama hindu.

 

     Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.


Dasar Pendidikan Negara




     Dasar Pendidikan Negara pada umumnya digubal pada peringkat pusat iaitu oleh kabinet kerajaan dan Kementerian Pelajaran melalui sistem jawatankuasa. Penggubalan dasar yang berpusat adalah untuk menjamin agar sistem pendidikan itu berjalan secara serentak, menyeluruh dan seragam.

 

     Selepas merdeka kerajaan yang memerintah telah menyusun semula  sistem pendidikan . dasar-dasar pendidikan yang  ada diperkukuhkan dalam perlembagaan dan undang-undang . Dasar yang digubal diperakukan oleh undang-undang supaya ia lebih telus dan mengelakkan salah faham  serta hak dan keistimewaan golongan masyarakat yang lain.

 

  • Sebelum merdeka, 5 jenis sistem persekolahan yang terasing telah wujud. Contohnya , sekolah Tamil.
  • Sejak tahun 1946, British sedar bahawa satu sistem bercorak kebangsaan harus diwujudkan bagi menyatukan masyarakat yang berbilang kaum.
  • Rancangan ini terbukti dalam Rancangan Chessmen yang mencadangkan sekolah Inggeris sebagai asas penyatuan sistem persekolahan.
  • Usaha-usaha telah dilaksanakan sebelum negara mencapai kemerdekaan sehinggalah berjaya mencapai kemerdekaan.
  • Dasar pendidikan yang diusahakan adalah lebih bertujuan membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
  • Penting bagi membentuk negara yang stabil, bersatu-padu dan progresif.

Dasar Sosial Negara


     Dasar sosial boleh dianggap sebagai satu jenis dasar yang memberi keutamaan kepada nilai-nilai sosial yang berlandaskan keadilan, kerohanian dan kemanusiaan. Kesemua nilai ini adalah perlu untuk pembangunan manusia yang seimbang dalam pelbagai aspek. Dasar sosial diperlukan oleh sesebuah negara yang membangun untuk menangani pelbagai masalah yang timbul, termasuk masalah sosial.



     Dasar sosial menitikberatkan isu-isu seperti perpaduan negara, perhubungan kaum dalam masyarakat majmuk dan perhubungan kemasyarakatan. Keperluan-keperluan ini dipenuhi melalui pelbagai dasar seperti pendidikan, kebajikan masyarakat, sumber manusia dan sebagainya.


     Selaras dengan penyataan matlamat dan objektif umum. Dasar Sosial Negara menggariskan empat objektif khusus yang  saling melengkapi dengan menerapkan nilai-nilai murni di setiap peringkat pelaksanaannya: 


  • memastika keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi
  • membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat 
  • memperkukuhkan dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial
  • menjana sinergi multisektor  


Dasar Pembangunan Negara 




     Dasar-dasar Pembangunan Negara bermatlamat ingin menjadikan Malaysia sebuah negara makmur dan bersatu-padu berasaskan sistem demokrasi di dalam suasana pembangunan yang aman dan stabil. Dasar-dasar ini juga menunjukkan ketrampilan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Dalam mencapai matlamat sebuah negara maju, Malaysia perlu merancang dan melaksanakan dasar dasar pembangunan yang sesuai Ini bagi menjamin potensi pembangunan yang tingginegara, dan secara langsung menjadi faktor pemangkin kepada masa depan Negara

     Sesuatu pembangunan memerlukan dasar. Dasar pembangunan merupakan asas atau tapak, panduan besar, falsafah (yang ada matlamat dihujungnya) dan peraturan mengenai cara mencapai matlamat dasar tersebut. Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan dimensi. Umumnya, pembangunan adalah merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju. Ia juga meliputi aspek-aspek kebendaan dan bukan kebendaan, sumber fizikal dan sumber manusia. Umumnya, pembangunan merupakan kemampuan manusia memenuhi potensi mereka untuk mempastikan mereka dapat memperolehi keperluan keperluan asas (makanan, pakaian, tempat tinggal), pekerjaan dan kesamarataan.

TUJUAN DASAR

MEMBANTU NEGARA MENCAPAI

1. Matlamat keselamatan negara.

2. Perpaduan dan kestabilan negara.

3. Kesejahteraan sosial dan ekonomi rakyat dan masyarakat.


Dasar Wawasan Negara 




     Dasar Wawasan Negara telah dilancarkan pada 4 April 2001 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Parlimen. Tempoh masa pelaksaan Dasar Wawasan Negara adalah dari tahun 2001-2010, iaitu selama 10 tahun. Dasar Wawasan Negara meliputi tempoh masa Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP 3), iaitu darii tahun 2001 hingga 2010. Dasar ini mmeberikan tumpuan terhadap penigkatan keutuhan dan daya saing negara. Dasar ini juga bertujuan untuk meningkatkan kualiti pembangunan dan menjana pertumbuhan tinggi yang mapan supaya rakyat dapat menikmati kemakmuran. 


Matlamat Utama

  • Membina negara yang berdaya tahan
  • Mengekalkan usaha membasmi kemiskinan 
  • Membangunkan masyarakat berasaskan pengetahuan 
  • Ia dirangka bagi mengurangkan ketidakseimbangan sosial, ekonomi dan juga wilayah. 

Objektif Atau Teras Utama Dasar Wawasan Negara 
  • Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, membina masyarakat yang bertolak ansur, penyayang dan memiliki nilai-nilai positif. 
  • Mewujudkan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan dalam kumpulan etnik serta wilayah.
  • Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan mengukuhkan sumber pertumbuhan institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro. 


Kesimpulan


     Dasar Perpaduan Negara menggariskan teras perpaduan yang perlu difahami dan diamalkan. Meerusi dasar ini, semua pihak perlu memberikan kerjasama bagi memastikan bagi memastikan strategi yang disusun dapat dilaksanakan dengan jayanya untuk mencapai matlamatnya iaitu untuk memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan negara. 


           Sebagai sebuah negara yang memiliki keunikan, perpaduan ialah agenda utama agar kelangsungan pembangunan negara terjamin. Perpaduan bukan sesuatu yang statik dan boleh dicapai secara mutlak tetapi perlu dipupuk, dipelihara dan diperkukuh secara berterusan. Perpaduan memerlukan komitmen penuh oleh semua pihak iaitu agensi kerajaan, swasta, masyarakat sivil dan rakyat keseluruhannya. 


     Penekanan dan pendekatan yang diambil dalam pelaksanaan dasar ini selaras dengan dasar dan aspirasi kerajaan bagi membina sebuah negara yang maju, aman, makmur, berintergriti dan bersatu padu serta diiktiraf di peringkat global.